Sunday, 31 January 2016

New Arrival..


new item..
pembelian boleh dibuat secara retails atau borong..

Wednesday, 6 August 2014

Misi pengumpulan stok ebm untuk Adam Hariz


Ni hasil sepanjang 58 hari usia Adam Hariz



Bila dapat tahu mengandung pada bulan 11 tahun lepas, memang dah berniat untuk menyusukan Adam selama yang boleh. Jadi bermula dari minggu kedua berpantang, aku dah start pum untuk stok bila dah masuk kerja nanti.

Alhamdulillah...rezeki yang Allah bagi untuk anakanda tersayang. Dan moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan ku ini.

Jadi nak bercerita pasal rutin harian ku semasa berpantang. Dua minggu berpantang di rumah mak di kampung dan seterusnya terus balik pahang kerana susah melayan si kakak yang masih kecil.

Bila berpantang sendiri, semua kerja buat sendiri. Mandikan baby, masak sendiri dan jaga diri sendiri. Si kakak plak dihantar ke rumah pengasuh. Alhamdulillah, dapat la berpantang dengan baik.

Biasanya dalam sehari, aku akan pam 4 kali iaitu sebelum subuh, 11-12 tengahari, 3-4 petang dan sebelum tidur. Awal-awal pam memang hasilnya tak banyak. Kadang dapat dalam 1-2 oz je. Pastu makin bertambah 3-4 oz. Dan sekarang biasa dapat 5-6 oz bila pam. Tak de la banyak sangat macam orang lain kan. Tapi bila sekali pam dapat 5oz.. Cuba kira dalam sebulan dapat berapa??

5oz x 3kali = 15 oz kan
 1 bulan : 15oz x 30 hari = 450oz
Kalu kumpul stok dalam masa 2bulan.. Dah 900 oz kan.. Banyak tuu..

Kalau orang tanya pasal petua or supplement yang aku amik, of coz la aku cakap aku amik set penyusuan shaklee. Tapi jangan salah faham ye, bukan makan set penyusuan ni, susu terus melimpah ruah. Kena tahu jugak konsep demand & supply. Bila kerap kosongkan breast, lebih cepat susu terhasil. Aku makan shaklee sebab ia buat aku bertenaga, susu lebih pekat dan berkrim serta mengelakkan stress. Lagipun, dalam pantang, kita kena pantang makan, jadi supplement shaklee ni bantu memberi zat pada tubuh kita dan seterusnya pada anak kita melalui susu ibu. Itu yang penting kan.
 " Fikir terbaik untuk anak, diri sendiri dan keluarga "




Friday, 18 July 2014

REVIEW BREASTPUMP AVENT MANUAL & RUMBLE TUFF

Entry kali ni pasal dua breastpump yang aku ada..
 Actually dah 3 breastpump yang aku ada..manual avent, double pum rumble tuff dan gajet penyusuan yang paling latest adalah double pum spectra M1. Bila ada masa nanti aku akan review pasal breastpump spectra M1 tu ye..harap sabar menunggu..hehehe..

 Jadi dengan adanya spectra M1, aku terpaksa melepaskan kedua dua breastpump ni. Reasonnya, tak kan la nak guna sampi 3 pump kan. Tak ke membazir sangat namanya..

 1. AVENT NATURAL MANUAL BREASTPUMP


 Ni breastpump pertama yang aku beli semasa dalam pantang sofia dulu.Breastpump ni sangat best. suction ok dan tidak menyakitkan. ditambah plak dengan silicon massage yang sangat lembut. memang terbaik la. tapi disebabkan aku ni jenis tak brapa rajin guna pam manual, jadi aku beli pam elektrik iaitu rumble tuff. Tambahan kalu guna manual kat tempat kerja memang sangat la lambat (alasan je tu kan. nampak sangat aku ni pemalas..huhu..)

 Jadi walaupun usianya dah setahun tapi nampak baru lagi sebab aku guna 2-3kali je. Botol avent tu pun aku dah ganti yang baru. Dan pam ni pun masih dalam kotak. Serta masih ada dua breastpad yang masih belum guna.

 2. RUMBLE TUFF (DOUBLE PUMP)
STATUS : SOLD



 Ni breastpump kesayangan ku sebenarnya. Memang banyak jasa pada aku. Pam ni bagus sebab ada two phase iaitu stimulate (urut breast untuk keluar susu) dan let down. Masa awal pam, ia akan urut breast kita dulu dan bila susu dah mula kuar, boleh la tekan butang let down untuk keluarkan susu.. Atau pun boleh tunggu 2minit dan ia automatik akan let down. Yang bagus nya pam ni, dia ada screen yang menunjukkan masa lama mana kita nak pam. Juga boleh set jam untuk alarm. Boleh juga dijadikan single pam, dan manual. Boleh guna battery atau plug. Yang dalam plastik tu aku belum guna lagi. Cuma kelemahannya, banyak part yang kena basuh..


 Ni antara hasil tuaian yang aku dapat sepanjang menggunakan
rumble tuff..







Wednesday, 16 July 2014

Cara Penyimpanan Susu Ibu (EBM)

Alhamdulillah telah selamat melahirkan putera dalam keluarga kami yang diberi nama Adam Hariz.. Jadi lengkap la sebuah keluarga bahagia dengan ada sofia dan adam.
Hari ni dah masuk hari ke 36 dan saya baru sempat nak jengah blog sendiri. Sibuk berpantang la kononnya..hehe.. Sibuk jaga adam, jaga diri sendiri..

Maklum la mak tang berpantang sendiri..huhu..sadiss kan.. masak sendiri lauk berpantang..hukhuk..


Dalam pantang ni, saya gigih mengumpul stok ebm untuk adam.. Moga Allah permudahkan perjalanan penyusuan Adam sehingga 2tahun.. Dulu rasa ralat betul tak dapat fully bf sofia lama, hanya mampu 5bulan lebih, pastu terus campur susu fm. Kes nya tak kumpul stok dari awal. Jadi yang ni, kena pulun betul-betul..

Makanya, ini lah stok yang mampu dikumpul selama 36hari berpantang. Alhamdulillah...rezki yang Allah bagi pada Adam untuk merasa susu ibu..



 Arini nak berkongsi cerita cara saya menguruskan stok ebm untuk anakanda Adam tersayang..

 Untuk menyimpan stok susu ini, saya lebih suka menggunakan storage bags kerana ia lebih menjimatkan ruang. Thanks pada hubby tersayang kerana menyokong dan memberi semangat dalam mengumpul stok ni. Thanks ye abg sebab membeli peti ais baru semata-mata untuk menyimpan susu ini.


 Ini adalah susu yang diperah dalam seharia. Biasanya susu yang diperah akan diletakkan dalam freezer biasa dulu sebelum dimasukkan ke dalam tempat sejuk beku..Abaikan bekas hijau tu ye. Kadang malas nak basuh brestsheild, jadi simpan dalam peti untuk guna seterusnya..Tapi jangan tiru ye, sebab sebaiknya kita basuh terus alatan mengepam.

Alat yang perlu ada adalah marker pen dan storage bags.

 
 Biasa pada setiap malam, saya akan menyimpan susu tersebut ke bahagian freezer. Dengan menuangkan susu dari botol ke storage bag dengan sukatan 3-4oz untuk sekali minum. Kalu boleh jangan isi penuh dalam storage bag kerana susu yang dah dicairkan perlu digunakan dalam masa 24 jam. Rugi kan..Setiap titis susu ibu itu sangat berharga. hehehe..


 Inilah hasilnya setelah diisi dalam storage bag.. Banyak pulak gelembong udara kan. Patutnya anda kena keluarkan semua ye. Jangan tiru macam ni..hehehe..
 Yang penting setiap plastik perlu ditulis tarikh. Nak tulis nama anak pun boleh. Tapi saya tulis kuantiti setiap plastik.


 Susu ni boleh la disusun flat supaya bila keras nanti, dia akan jadi sekeping dan memudahkan untuk kita susun.


 Then, boleh la anda susun dalam freezer ye..
 Itulah rutin setiap malam aku..
 Sekian.. Semoga aku dapat meneruskan penyusuan ini dengan jayanya.. Amiinnn...

 Pengedar Shaklee Anda
 COD : Muadzam Shah & Felda Keratong 


Monday, 10 March 2014

APA ITU ESP??

Assalamualaikum w.b.t

Rasa macam dah lama sangat dah tak update blog ni. Sibuk sangat dengan kerja dan sibuk dengan diri sendiri. hehehe.. Maklum la diri sendiri pun dah sarat 6 bulan ni. Mau tak penat bawak perut ke sana ke mari.
Tapi sejak makan supplemen Shaklee ni, alhamdulillah baru la bertenaga sikit.Bukan sebab nak promote kat korang tapi ini betul-betul testimoni diri sendiri. Nak masuk 5 bulan aritu, baru stat amalkan set mengandung Shaklee sebab rasa macam letih sangat. Balik keje terus melepek. Sian plak kat anak yang balik nak main ngan kita kan..

Ni haa nak tunjuk set Shaklee yang saya amalkan sekarang.


Tapi bukan la nak bercerita pasal set ni.. Melalut plak kan..hehe..
Ok, jom kita berkenalan dengan ESP ( Energizing Soy Protein )

Persoalannya....

APA ITU ESP?
PERLUKAH SAYA AMBIL ESP?

ESP adalah Energizing Soy Protein.
Sebab utama ESP tersangat la popular dan produk yang paling laris ialah kerana ...............

ESP MEMBEKALKAN SUMBER PROTEIN

Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita, sumber protein adalah ikan, ayam, daging dll.

Tapi kenapa setiap hari makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke??

Haaaa..untuk pengetahuan semua, ikan, ayam, daging yang kita makan perlu dimasak dahulu sebelum dimakan. Jadi bila dah masak, dah kena panas api, dah tentu la kandungan protein itu akan musnah dan yang tinggal mungkin tak cukup untuk badan kita yang penat disebabkan kerja yang kadang-kadang lebih dari 12 jam.

Kalu badan kekurangan protein, apa yang berlaku??

# badan akan rasa lemah, lesu, tak bermaya dan akhirnya menggeletar
# kolesterol tinggi
# tekanan darah rendah
# cepat pening
# inilah punca ulser perut dan ulser usus
# luka lambat sembuh, akhirnya menyebabkan parut
# mengalami gangguan penglihatan dan lama kelamaan menjadi kabur
# antibodi badan tidak kuat. Bila protein kurang, badan tidak boleh melawan penyakit yang datang

Jadi, korang ada tak tanda-tanda kekurangan protein??
Kalau ada, better ambil ESP ni..




Kenapa Perlu Memilih ESP????


 Sekarang tengah promo tau. Harga memang muraaahhh sangat, pulak tu boleh tahan sampai 2 bulan tau.



Thursday, 9 January 2014

Set Kurus Budget : Lecithin dan Alfalfa


Assalamualaikum..
 Hati ni terpanggil untuk menulis entry mengenai set kurus budget shaklee ini kerana baru-baru ramai teman sekerja dan pelanggan tetap bertanya. Ramai yang tertarik dengan set kurus ni. Ramai juga yang dah merasai keberkesanannya.
 Tapi untuk mendapatkan kesan yang optimum, cara pengambilan alfalfa dan lecithin mesti lah betul. Dan perlu pengambilan air yang secukupnya.

Pengambilan air adalah bergantung kepada berat badan korang sebenarnya. Setiap 25kg, korang memerlukan 1 liter air. Jadi jika korang mempunyai berat 60kg, korang perlu minum lebih 3liter air masak sehari. Bukan air manis tau.

Saya sendiri susah untuk minum air sebanyak 3liter sehari tapi nak seribu daya kan. Untuk sihat dan cantik, air masak diperlukan dalam badan.

Korang boleh baca entry ini untuk tahu kepentingan air dalam badan.

OK..OK..

 Bagi yang kurang untuk mendapatkan set kurus optimum  , korang boleh cuba set budget ini dahulu..


Tambahan pula, alfalfa adalah produk promosi bulan Januari. Korang boleh dapatkan dengan harga yang kurang dari RM100.

Jom dapatkan set budget kurus shaklee dengan harga special dari saya. 


 # fb page : Mama Sofia Vitamin



Wednesday, 8 January 2014

Bertenaga Bersama Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini kena ganti puasa. Risau takut bila dah sarat nanti, dah tak mampu nak ganti lagi. Walaupun kerja banyak, ke sana ke mari. Badan masih bertenaga dan tidak penat.

Korang mesti tertanya-tanya, APAKAH RAHSIANYA KAN????

Seperti biasa.. Sahur dengan ESP + MILO dan bancuh dengan air suam. Sedap hingga ke titisan terakhir.

 yummy...yummy...


 Banyak lagi khasiat esp.. ni adalah antara khasiatnya..


 bagi yang berminat boleh terus hubungi saya..

 # fb page : Mama Sofia Vitamin
 # email : mamasofia0312@gmail.com